
|
Cik Blogger!
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back. ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Maafkan Daku
Malam ini bersulamkan tangis.
Aku melabuhkan segala egoku.
Menadah tangan dengan harapan.
Agar segalanya akan terurai.
Malam ini hanya Kau dan aku.
Munajatku dalam syahdu.
Mengimbas kembali kisah-kisah dulu.
Baru ku tahu betapa kerdilnya diriku.
Kadang-kadang aku tertanya.
Adakah aku sudah dimaafkan.
Apakah aku sudah mendapat keredhaanMu.
Adakah aku disayangiMu.
Maafkan daku.
Atas segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan.
Dulu, kini dan masa depan.
Sungguhku tidak mampu untuk mengubahnya.
Siapalah aku berbanding Engkau yang Maha Esa.
Kini aku sedar.
Engkaulah sebaik-baik yang merancang.
Aku redha dengan qada’ dan qadarMu.
|