Cik Blogger My Diary Heartbeat Jom Follow Dashboard



Status
Truth is, I MISS YOU. (11/7/2014)
MyDreamLand

Cik Blogger!

Tagboard
⊰TALK TO ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.

[Feel Free to have a chat with me here]
[Nasha.21 years old.14 May 1993]


Life is not measured by the breaths we take but by the moments that take our breath away

Miracle

Miracle happens everyday ..

Part 1 : Apakah ini takdir?

Hari ini seperti kebiasaannya tiada apa yang menarik buat diriku. Cuti yang sangat membosankan. Hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Turun bawah hanya apabila perut minta diisi. Begitulah kehidupan seharianku. Disebabkan peristiwa yang lepas, aku mengambil keputusan untuk tidak dimiliki mahupun dicintai sesiapa. 

Kelihatan matahari sudah memancar terik. Perut pula mula berlagu keroncong. Jariku leka menyelongkar twitter. Membaca segala tweet yang terpapar di skrin. Masih menjadi tanda tanya buat diriku. Siapakah gerangan lelaki yang sering retweet segala tweet aku. Siapa dia? Aku kenal ke mamat ni? Ahh.. abaikan.. Sesiapa pn bley retweet kalau dia suka. Teka teki yang masih belum ada jawapannya.

'Mama.. Hari ni mama masak apa?' 

'Pergi tengok sendirilah dekat dapur tu. Taw makan je kerja. Tolongnya taknak'

Aku hanya tersengih membalas bebelan mama. Membuka tudung salji melihat lauk pauk yang terhidang. Terliur melihat sambal udang makanan kegemaranku. Makan macam tak pernah makan setahun.

Aku kembali ke sarang aku. Mana lagi bilik la kan. Bukak dan scroll twitter. Baru aku perasan ada orang DM aku. Siapa plak ni.

'Assalamualaikum. Hai awak.. Saya syakir'

Ni confirm nak kenal la ni. Taktik biasa lelaki selalu pakai. Da selalu macam ni. Nak reply ke tak eyh. Reply je la tengok dia nak apa.

'Waalaikumsalam.Hye syakir. Panggil sha jep :)'

'Masih belajar lagi ke?'

'UiTM Machang'

'Course apa?'

'Course akaun.. awak?'

'Fuhh..Hebat ouhh. haha. Sport science dekat Unisel. Awak tinggal mana?'

'Owh..Selangor'

'Selangor dekat belah mana?'

Eyhh mamat ni macam da melebih la plak. Buat apa nak tahu aku tinggal mana. Bahaya ni. Takyah layan da la sha oii..

Tak lama lepas tu dapat DM lagi..

'Ehh awak..niat saya baik..nak kenal dgn awak'

'Takde niat nak mainmain ke apa'

' Saya ikhlas.. Maaf'

Serba salah la plak jadinya. Eyhh ni bukan mamat retweet tu ke. Aku jadi semakin curious nak tahu siapa lelaki ni. Aku bukak profile dia tgk gambar. Punya aku pandang gambar tu lama gila macam nk tembus handphone da tapi masih tak dapat cam. Siapa owwh mamat retweet ni. Ada sesuatu dekat mamat retweet ni yg buatkn aku nak tahu and tertanya2 siapa dia.

'Bukan awak la. ayoo'

'Mana taw ouhh.. Niat kita ikhlas'

'Bukan awak..dont worry :)'

'hehe..maceh :)'

'samesame'

 Tak reply plak mamat retweet ni. Aku mencapai novel dan sambung membaca. Membaca sehingga tidak sedar bulan telah mengambil alih. Bintang2 berkelipan menemani bulan dimalam hari. 

Keesokkan paginya aku bangun dan melakukan aktiviti harianku seperti biasa. Scroll twitter sudah menjadi habit aku sejurus selepas membukakn mata. Ku lihat ad notification lalu membukanya. Ohh. mamat retweet ni la. Tak perasan mamat retweet ni ad reply.

'Awak!! Selangornya belah mana? Penat tanya ouhh :( hehe.. Tido da ke? -,-''

Aku tersenyum membacanya. Tanpa aku sedar mamat retweet telah mengisi hari2ku. Aku menaip untuk membalasnya.

'Semalam tidur da. huhu'

Aku terus mencapai tuala mandi dan bersiap2 untuk keluar. Cuti sudah sampai ke penghujungnya. Aku keluar membeli brg2 keperluan untuk membawa ke UiTM. Macam2 yang diangkutnya. Maklum la duduk rumah sewa. Bawang,cili kering, ikan bilis kalau boleh semua nak bawak dr rumah. Sebab tak perlu guna duit sendiri. Haha. Kadang2 tu sampai mama membebel kata aku pandai sbb nak elak dari guna duit sendiri sedangkn duit belanja tu da termasuk sekali untuk beli barang2 ni semua. Sha..Sha..Bila la nak berubah matang sikit.

Sedang aku asyik beli barang tiba2 Samsung Ace aku berbunyi menandakan ada notification twitter masuk.

'Maaf ganggu awak! Kalau awak busy nevermind la :)'

Aku tersenyum. Mamat retweet ni memang pelik la. Aku reply pn macam nak taknak. Selalunya lelaki kalau aku reply macam tu da hilang terus da. Dia ni plak asyik dok ckp ikhlas..ikhlas..ikhlas ke? Aku rasa semua lelaki sama je. Biar je la. 

'Tga dekat lua ni. nanti DM lagi ok :)'

Aku menghabiskan masa sepuas2nya dekat sunway pyramid sebelum pulang ke UiTM. Selepas ni susah nak dapat jalanjalan lagi sebab assignment,test,kuiz mesti berlambak. So hargailah masa sebaik2nya.
8.45pm

'Assalamualaikum fai! Where u at? Sha dekat putrajaya sentral da ni'

'Fai nak sampai da. Bas da ada ke sha'

'Not yet. Nanti dtg sini terus taw. ok bye'

Kelihatan ramai orang sedang menunggu bas masing2. Seperti kebiasaannya ayah mama takkan tunggu sampai bas aku bertolak. Masa mula2 semester je. Mungkin sekarang mereka fikir yang aku da besar da pandai uruskan diri. Mungkin..

Ni first time kitowg pilih seat tingkat atas and depan sekali. Memang luas pemandangan betul. Nampak jelas. Memandangkan aku dan fai pilih tarikh balik yang bukan pada hari perayaan or apa2, bas nampak kosong. Dkt tingkat atas hanya ad beberapa org je. Jadi aku yg agak mabuk bas ni pilih untuk duduk seat dibelakang sikit sebab takde orang. Entah macam mana boleh layan perasaan. Mula terkenang kembali perkara yang da lepas. Sedih. Sakit. Kecewa. Benci. Seribu satu persoalan. Apakah penghujungnya? Bahagia atau derita? Segalanya aku serahkan kepada Allah.

Dalam melayani kesedihan notification twitterku berbunyi. Kali ini aku dapat mengagak siapakah gerangannya. 

'Makan da?'

'Da..dalam bas ni'

'pergi mana?'

'Balik uitm semula'

'Ouhh.. hati2 awak.. saya doakan awak selamat sampai. ganggu ke ni?'

'Terima kasih'

'sama2. awak dip ke deg?

'dip..'

'ouhh.. kenapa ni? macam sedih je.. maaf tanya'

'takde apa :')'

'Tak mau la sedih2..chill relax la :) Tahu awak penyabar insyaAllah'

'Thanks :')'

Aku terlalu terharu tatkala mamat retweet ni cakap dia tahu aku penyabar orangnya. Seolah2 dia sangat memahami apa yang aku rasakn. Tidak tertahan lagi akhirnya menitis jua air mataku. Keadaan yang gelap didalam bas memudahkan aku untuk menangis sepuasnya. Dan aku membuka semula profile mamat retweet ni dan tekan butang follow. Rupa2nya dia da follow aku lama. Akhirnya aku tertidur selama 8 jam perjalanan itu.
'sampai da?'

'da. baru je. thank u'

'ouhh ok tc then. Always pray for u. Gudluck :)'

Setibanya aku di depan uitm, aku menunggu aimi housemateku untuk mengambil aku pulang ke rumah sewa. Aku meletakkn barang dan terus merebahkan badanku di atas katil. Aku merasakan aku terlalu kejam layan mamat retweet tu macam tu. Reply nak taknak. Sedangkan dia care sgt dekat aku walaupun aku masih tak tahu siapa dia. Mulut aku cakap taknak dia care dkt aku. Taknak terlalu rapat. Tapi dilubuk hati ku merasakan kadang2 aku perlukan itu. Tapi disebabkan peristiwa lama aku betul2 sudah nekad taknak ada sesiapa dlm hidup aku. Fokus belajar sahaja. TITIK

'Awak.. i just wanna say thank you for your concern before this. Thanks ya :) May Allah bless u'

bersambung..