Cik Blogger My Diary Heartbeat Jom Follow Dashboard



Status
Truth is, I MISS YOU. (11/7/2014)
MyDreamLand

Cik Blogger!

Tagboard
⊰TALK TO ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.

[Feel Free to have a chat with me here]
[Nasha.21 years old.14 May 1993]


Life is not measured by the breaths we take but by the moments that take our breath away

Tulisan Hati

Hari ni terasa nak menulis sesuatu. Sesuatu yg tak dpt aku luahkn. Sebagai wakil hati yg penuh dgn seribu satu perasaan. Kini aku sudahpn memasuki alam dewasa. Alam dimana tiada lagi fantasi dan angan2 yg menggunung tinggi. Hanya realiti kehidupan. Banyak yg aku pelajari selama 21 tahun ini. Terlalu banyak duka dan kini alhamdulillah segalanya bertambah baik. InsyaAllah. Sejujurnya, aku menahan diri dari menaip perkara yg melibatkan perasaan manusia sekeliling kerana aku tahu apa akibatnya. Pengalaman bnyk mengajar kita. Tapi hari ini maafkan aku sekiranya aku tidak mampu lg utk menahan. Org kata simpan dalam hati biar Allah saja yg tahu. Benar. Kerana selama ini dan akan dtg aku tetap akn melakukan begitu. Setiap org lain caranya. Dan aku sebenarnya lebih senang utk meluahkan segalanya disini. Kerana sebelum ini aku memang seorang blogger yg tegar. Kini tidak lg. Aku merasakan diri ini perlu melakukan sesuatu. Tapi aku lemah kerana masih tiada tindakan. Aku rindu saat itu. Malangnya kini tiada lagi. Baru ku tahu aku la punca segalanya. Aku yg sering melarikan diri sehinggakan telah melahirkan satu jurang antara kita. Terlalu bnyk persoalan dan kata2 yg tak dpt aku luahkan. Mungkin terlalu banyak sakit. Tapi siapalah aku untuk merasa seperti itu. Sedangkan kamu telah bnyk berjasa buat aku. Teringin sekali aku mengucapkan kata2 sayang tetapi kerana jurang itu telah menghalang segalanya. Kadang2 aku cemburu melihat dia begitu mesra. Kerana aku menginginkan keadaan seperti itu. Melihat dan mendengarnya benar2 membuat hatiku sebak. Kadang2 aku terasa seperti kehilangan sesuatu. Tercari2 apakah dia. Dan kini aku tahu tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa2. Benar. Orang yg sentiasa tersenyum gembira,hatinya penuh dgn duka. Rindu. Terlalu rindu. Dan sehingga kini aku masih disini. Cemburu. Rindu. Lemah..