Cik Blogger My Diary Heartbeat Jom Follow Dashboard



Status
Truth is, I MISS YOU. (11/7/2014)
MyDreamLand

Cik Blogger!

Tagboard
⊰TALK TO ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.

[Feel Free to have a chat with me here]
[Nasha.21 years old.14 May 1993]


Life is not measured by the breaths we take but by the moments that take our breath away

Miracle

Miracle happens everyday..

Part 2 : Playgirl?

'AAaahhhhhh da lambat! Da lambat! Syatulll bangun!!'

Syatul masih lagi dengan lena tidurnya. Jam menunjukkan pukul 8.30am. Bermakna kelas telah pun berjalan selama 30 minit. Lagu baby i love you handphone ku dibiar mati begitu saja. Bunyi mesej masuk sejuruss selepas itu. Pasti dari kembar.

'Sha! Pukul berapa da ni?' 

'Kita da lambat 30 minit!! Gila la kenapa tak terjaga. Alarm rosak ke apa!'

Syatul dengan tergesa2 mencapai tuala mandi. Sah! Mandi kerbau. Aku mencapai baju yg tidak perlu digosok. Memandang hari ini hari isnin merupakan hari korporat untuk UiTM, aku memilih untuk memakai baju kurung bercorak abstrak. Tak perlu digosok dan tak komot. Tudung express sebagai pelengkap baju kurungku. Itu la aku. Seorang gadis yang sangat pantang baju komot. Even seluar tracksuit pn digosoknya. Kalau hari2 bangun lambat tudung ekspressnya la yang menjadi sasaran. Compact powder pixy ditacapkan diseluruh kulit mukanya yang kuning langsat. Dicalitkan sedikit lipgloss victoria secret berwarna pink dibibirnya. Dicapainya beg galas untuk ke kelas. DONE!

'Syatulll! sha tunggu luar. Naniii... Da siap ke? Aigoo.. kenapa satu rumah bangun lambat'

Jam menunjukkan pukul 8.45am. Aku mengeluarkan handphone samsung ace ku.

Mesej :
       
     Anim.. Sir kunci pintu tak? Sha tak terjaga laa..grr

Mesej :

    Aah..Sir da tanya mana sha..huu

'Ok da jom!'

Aku,nani dan syatul berjalan kaki menuju ke kelas. Masing2 berjalan laju seperti ada pertandingan siapa jalan paling laju dia menang. Haha. Tapi muka masih cool. Hati MasyaAllah. Tuhan saja tahu. Seperti hari2 yg lain bab nak melintas jalan ni yg banyak dugaan.

'Kejab lagi confirm ad orang hon'

Syatul berkata sambil ketawa. Mana taknya memang setiap hari melintas mesti ad orang hon. Tapi kalau lori hon aku dan nani mesti cakap dia hon dekat syatul. Kemudian ketawa bersama. Kami bukannya kawan karib. Masing2 ada geng masing2. Sejurus sampai je kelas kami akan berpecah pergi dgn geng masing2. Dirumaah sahaja yg mengeratkn hubungan kami. Tapi itu tak bermakna kami saling bermasam muka di kelas. Persahabatan itu tetap terjalin dan saling prihatin sesame sendriri. Nani seorang pelajar yang boleh dikatakan pandai jugak dlm kelas. Seorang yg sgt ringan tangan. Menjadi guru aku dan syatul dirumah. 

'Kita da lambat..cepat sikit. Ni nak masuk kelas buat muka selamber je'

Berpeluh2 kami setibanya di depan kelas. Nani meninjau keadaan di dlm kelas. Kelihatan kawan2 ku yg lain sedang tekun belajar. 

'Nani la masuk dulu'

Aku mencuit nani. Syatul da lari dulu taknak masuk. Seperti biasa nani yang akan memberanikan diri. Mana tak takutnya. kelas tamat 10am. Sekarang jam menunjukkan pkul 9.15am. Kecut perut!

tuk..tuk..tuk..

'Haa nani baru datang'

Kami tersengih tanpa berkata apa2. Aku terus mengambil tempat dudukku disebelah anim dan membuka mukasurat yang sedang dipelajari mereka. Aku menconteng sesuatu di atas kertas lalu ku berikan kepada anim.

Nanti ajar sha dari awal. hehe

Anim mengangguk sebagai tanda setuju. Kelas berlalu dengan baik sekali. Sejurus selepas kelas tamat kami keluar untuk mengisi perut sebelum kelas seterusnya bermula. 

'Jom makan. Lapa laa.. sha nak beli pau'

'Jom la..fai pun lapa ni..next kelas dekat mana'

'Dekat makmal komputer aritu..Anum nak beli nugget'

'Anim nak daging burger'

Kami berempat adalah kawan baik sejak sem 1 lagi. Memang rapat dan terlalu rapat. Tak boleh berenggang. Tapi kami pasang2. Aku dengan anim dan fain dgn anum. Yup! they are twin! Tapi aku sejak kali pertama jumpa da boleh bezekan. Lebih2 lagi semuanya duduk selangor. Shah alam, kajang dan aku cyberjaya. Sekali bas je kalau balik. Banyk sgt kenangan bersama. Mereka la kawan baik aku selamanya. Yes! selamanya.

Kami pilih meja yg kosong untuk menghabiskan makanan yg dibeli sambil berbual. Bergosip! Itu la kerja kami kalau bosan. Tapi bukan gosip benda tak baik ok. 

'Sha..sha dgn sape sekarang ni'

Soalan fai memranjatkan aku sehinggakan aku tersedak. Takde ribut takde petir tibatiba tanya soalan yang macam tu.

'Single but not available'

Jawabku dengan nada yang tiada naik tiada turunnya. Sudah tertutup hati aku buat lelaki. Serik dan penat. Terlalu penat dgn semuanya. Takde siapa yg faham melainkn Allah. Aku tersenyum. Hidup kene teruskan. Move on. Ya move up.

'Serius la sha? Sha tau tak sha da bersama dgn ramai lelaki dalam masa 4 sem ni? Fai baru 2 orang. Bila putus sha terus ada orang lain'

Aku ketawa. Tapi bila difikirkan memang betul pn. Tapi nak buat mcm mana. Da tertulis. Dan aku pn memang takde simpan apaapa perasaan dekat dowg. Yang ada hanya sakit,serik,penat,benci.

'Yeke faii.. Sha pun tak sedar. haha.. Tapi kali ni sha nak single je. Malas la nak ad bf or sewaktu dgn nya. Penat la. Fokus belajar. Fokus'

Tibatiba mamat retweet tu terlintas dalam fikiran aku. Haish! Apahal mamat ni muncul plak. No No No! Aku tak kenal siapa dia. Kawan twitter je ok. Come on sha.. Bukan apa aku cuma da tak ada kepercayaan dekat lelaki.

'Banyak la fokus sha tu. Dalam kelas blur. pastu buat muka yg tak leh bla tu. haha'

'Hahha. Mana ad! Eyh sha ad cerita. Ad sowg mamat ni kn rajin gila retweet sha punya twitter and aritu dia DM sha. Time dalam bas malam td pn ad'

'Yeke..sape sha? Sha kenal ke?'

Anim memandang aku dgn penuh tanda tanya. Aku pun puas fikir dari mana dia bley dpt follow aku. Siapa dia? Dr mana dia dpt twitter aku? Kenapa dia terlalu prihatin? Haish! Banyak sgt soalan.

'Entahla..sha tak kenal tapi mamat tu pelik. da la jom g kelas'


Bersambung..