Cik Blogger My Diary Heartbeat Jom Follow Dashboard



Status
Truth is, I MISS YOU. (11/7/2014)
MyDreamLand

Cik Blogger!

Tagboard
⊰TALK TO ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.

[Feel Free to have a chat with me here]
[Nasha.21 years old.14 May 1993]


Life is not measured by the breaths we take but by the moments that take our breath away

Pernahkah?



Pernah tak dicintai oleh seseorang yang sentiasa mengingati kita disetiap detik. Memberi sepenuh perhatian. Menjadi orang pertama yg mendapat text disaat mata celik dan menjadi orang yg diingati sebelum mata dipejam. Sentiasa menjadi seorang yang dirindui sehinggakan setiap masa ingin bertemu.

Pernah tak merasakan diri terlalu istimewa terhadap seseorang. Mendapat perhatian dan sentiasa menjadi yang pertama mendpt berita. Segala keputusan dikongsi bersama. Berbincang bg setiap apa yang ingin dilakukan seharian. Mengambil berat dan dijaga saat kita sakit dan sihat.

Pernah tak mendapat sesuatu  dr seseorang. Yang dibuat ikhlas dr hati. Berjaga sehingga larut malam semata2 ingin memberi yang terbaik buat si dia. Menunggu kita tidak kira waktu. Biar pn terpaksa mengorbankan hal2 yang lain. Setia menunggu hanya kerana ingin mendengar dan berjumpa dgnnya.

Pernah tak mendapat seseorang yg ringan dgn kata2 maaf. Biarpn bukan salahnya. Menghiraukan hati yg sakit hanya semata2 ingin melihat senyuman si dia. Kerana baginya itu lebih bermakna dari sakit yg dirasa. Demi menjaga satu ikatan kerana tidak sanggup kehilangan sesuatu yg bernilai buat dirinya.

Pernah tak merasakan diri betul2 dihargai. Dihargai dengan kasih sayang dan cinta. Sanggup melakukan apa saja. Hanya untuk beroleh cinta,syg dan perhatian itu kekal berpanjangan. Kerana kita tahu saat dia melangkah masuk ke dunia kita, itulah saat kita tidak sanggup untuk membiarkan dia keluar dari dunia kita. Itu la cinta yg ikhlas. I love you Mohamad Syakir.