Cik Blogger My Diary Heartbeat Jom Follow Dashboard



Status
Truth is, I MISS YOU. (11/7/2014)
MyDreamLand

Cik Blogger!

Tagboard
⊰TALK TO ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.

[Feel Free to have a chat with me here]
[Nasha.21 years old.14 May 1993]


Life is not measured by the breaths we take but by the moments that take our breath away

Miracle

Miracle Happens Everyday . .

Part 5 : Perkenalan mencuit hati

Bagi aku cukup hanya sekali hati disiat2. Cukup sekali air mata mengalir tanpa mengenal tempat dan waktu. Cukup hanya sekali hati disakiti. Cinta benarbenar mengajar aku erti sebuah kehidupan. Cinta itu fitrah manusia sejagat. Dan disakiti itu lumrah dlm percintaan. Tapi bg gadis ini cinta sejati tidak pernah wujud pada zaman sekarang.

'Assalamualaikum budak kecik'

Whatsapp dibaca dgn senyuman. Hati yg suram terasa ada taman. Dan rama2 itu berterbangan keriangan di dlm perut. Bahagianya. Tapi aku tidak pernah mengharap apa2 lagi bg sesiapa yg bergelar LELAKI. Kawan? Ye sekadar kawan. Not more than that.

'Waalaikumsalam org tua!'

'Makan ubat da budak kecik! Nanti lambat sembuh'

'Kita tak suka makan ubat la orang tua. haha'

Semakin rancak kami berwhatsapp. Kadang2 tersenyum sendiri. Kadang2 pusing2 di atas katil tatkala perbualan itu mencuit hati. Saat itu terasa indah bg gadis itu. Terasa seperti luka yg bernanah itu beransur pulih sedikit demi sedikit. Pernah terlintas difikiran untuk mengenali si dia dengan lebih dekat. Tetapi jauh dilubuk hati ad yg menghalang. Menghalang untuk aku lebih memberi.

Tiga hari aku demam. Dan tiga hari itu jgk la mamat retweet tu tidak mengenal erti penat lelah menjaga aku. Memberi sepenuh perhatian dan prihatin terhadap aku. Walaupn hanya sekadar melalui whatsapp. Aku turut merasakan keikhlasannya. Bagi aku itu sudah cuku untuk membuatku terharu.

Satu malam itu aku teringin untuk mendengar suaranya. Kerana ad sesetengah org ckp kita boleh tahu orang itu hanya melalui suara dan cara percakapan dia. Jadi aku memasang hasrat untuk on call dengan mamat retweet. Dia pn bersetuju.

Menanti malam itu seperti bertahun lamanya. Betapa lajunya jantung aku berdegup. Sedangkan kami hanya kawan. Satu perasaan yg aneh. Aku resah dan mula tidak senang duduk. Jam menunjukkan pukul 12am. Memandangkan kami memakai maxis, mamat retweet buat super saver.

Phone aku berdering memainkan lagu BABY ILOVEYOU. Terus aku memerhatikan screen phone. Kelihatan no mamat retweet. Dgn lafazz bismillah dan jantung yg berdegup tak ingt dunia, aku menjawab panggilan tersebut.

Diam untuk beberapa saat. Menantikan siapa yg akan memulakan bicara.

'Assalamualaikum sha'

'Waalaikumsalam akil'

Suara mamat retweet soft gila bg pendengaran aku. Mungkin first time on call so kekok sedikit. Kami berbual bertanyakan perkara yg biasa menjadi perbualan orang yg baru berkenalan. Da makan? Duduk mana? Buat apa tu? Suka warna apa? Bla bla bla.. Bg org lain yg mendengar mesti rasa menyampah tapi bagi aku ketika itu semuanya manis. 

Tibalah satu saat tu..

'Saya nak tanya awak sesuatu'

'Apa dia?'

'Sudi tak awak menjadi suri hati dan isteri saya?'

Aku terus terdiam. Lidah terkelu. Tidak mampu untuk berkata apa2. Jantung bagai nk pecah. Tgn mula rasa sejuk. Fikiran mula fikir macam2. Apa aku nk jawab? Nk terima ke? Patut ke? Sayang ke aku? Tak serik lagi ke? Beribu soalan. 

'Err..awak bagi saya masa untuk berfikir ye. Bkn apa sy fobia sgt awak. Lagipn sy tak kenal awak lagi. Kita tak pernah berjumpa. Awak fahamkn..'

'Saya faham. Takpe. Saya ikhlas itu je saya nak awak tahu'

Perbualan kami berakhir disitu. Entah knp hati aku rasa sedih. Sedangkn itu keputusan aku sendiri. 

Aku bukan apa. Aku fobia. Aku takut sejarah berulang lagi. Button tweet send!

Aku stalk twitter mamat retweet tu. Tweet dia pn semua pasrah. Aku jadi lagi bertambah sedih. Aku fikir dan mempersoalkn segalanya. Ya Allah.. Apakah ini ujianMu jua? Apakah kali ini hati aku akan dipermainkan lagi? Apakah aku akn bahagia?

No mamat retweet aku dial. Button call ditekan! 

bersambung..